Pergi ke kandungan

Negara kesatuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  Negara kesatuan


Negara kesatuan (bahasa Inggeris: Unitary state) merupakan bentuk negeri yang ditadbir sebagai kuasa tunggal di mana kerajaan atau pemerintah pusat adalah agung dan mutlak dan sebarang bahagian pentadbiran (pecahan negara) hanya melaksanakan kuasa-kuasa yang ditugaskan oleh kerajaan pusat. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem kerajaan kesatuan. 165 daripada 193 buah negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditadbir secara kesatuan.

Dalam negara kesatuan, kerajaan pusat menentukan sama ada bahagian negara dibentuk atau dimansuhkan (contohnya, 22 bahagian pentadbiran Perancis digabungkan menjadi 13), apalagi menambah atau mengurangkan bidang kuasa bahagian negara. Biarpun kuasa politik dapat ditugaskan melalui penurunan kuasa kepada pemerintah tempatan secara statut, namun kerajaan pusat tetap agung kerana ia berhak untuk memansuhkan tindakan atau mengurangkan kuasa kerajaan turunan.

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland merupakan satu contoh negara kesatuan. Scotland, Wales dan Ireland Utara mempunyai secukup kuasa turunan berautonomi, tetapi kuasa itu ditugaskan oleh Parlimen United Kingdom yang boleh menggubal undang-undang yang meminda atau memansuhkan penugasan itu secara unilateral atau sendirian (England tidak menerima kuasa tugasan). Sama seperti negara persekutuan, penurunan kuasa dalam negara kesatuan boleh jadi simetri, di mana setiap satu bahagian negara mempunyai kuasa dan status yang sama banyak, ataupun tidak simetri, di mana bahagian negara berbagai-bagai bilangan kuasa dan status. Kebanyakan negara kesatuan tiada tempat-tempat yang mempunyai satu pun takat autonomi.[1] Di negara-negara sedemikian, bahagian negara tidak boleh memutuskan undang-undang sendiri. Contohnya, Republik Ireland dan Kerajaan Norway.

Negara kesatuan sering diantonimkan dengan negara persekutuan, di mana kerajaan bahagian negara berkongsi kuasa dengan kerajaan pusat sebagai pelaku sama taraf menerusi perlembagaan bertulis yang memerlukan restu daripada kedua-dua kerajaan pusat dan bahagian untuk pemindaan. Ertinya, bahagian negara mempunyai hak untuk wujud dan kuasa-kuasa yang tidak boleh dipinda oleh kerajaan pusat sendirian.

Senarai negara kesatuan

[sunting | sunting sumber]

Huruf condong: Negara yang kurang diiktiraf

Republik kesatuan

[sunting | sunting sumber]

Monarki kesatuan

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ "unitary system | government". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-11.
  2. ^ Roy Bin Wong. China Transformed: Historical Change and the Limits of European Experience. Cornell University Press.
  3. ^ "Story: Nation and government – From colony to nation". The Encyclopedia of New Zealand. Manatū Taonga Ministry for Culture and Heritage. 29 August 2013. Dicapai pada 19 April 2014.
  4. ^ "Social policy in the UK". An introduction to Social Policy. Robert Gordon University – Aberdeen Business School. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2014. Dicapai pada 19 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Perbezaan dengan negara persekutuan

[sunting | sunting sumber]

Negara kesatuan bercanggah dengan negara persekutuan (persekutuan):

  • Dalam negara kesatuan, entiti subnasional dicipta dan dimansuhkan oleh kerajaan pusat, dan kuasa subnasional tersebut boleh diperluas atau dikurangkan oleh kerajaan pusat. Walaupun kuasa politik dalam negara kesatuan boleh didelegasikan melalui proses devolusi kepada kerajaan tempatan berdasarkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen, kerajaan pusat tetap yang paling berkuasa; kerajaan pusat boleh membatalkan peraturan-peraturan tempatan atau menyekat kuasa mereka.
  • Berbeza pula dengan negara federal, negeri-negeri (atau entiti subnasional lain) berkongsi kedaulatan dengan kerajaan pusat, dan negeri-negeri tersebut mempunyai fungsi kewujudan serta kuasa yang tidak boleh diubah secara sepihak oleh kerajaan pusat. Dalam beberapa kes seperti di Amerika Syarikat, hanya kerajaan persekutuan sahaja yang secara langsung mempunyai kuasa-kuasa yang boleh didelegasikan.
    • Amerika Syarikat merupakan contoh negara federal; di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat, kuasa dibahagikan antara kerajaan persekutuan Amerika Syarikat dengan semua negeri-negerinya. Terdapat beberapa negara federal yang juga mempunyai pembahagian wilayah lebih rendah berbentuk kesatuan. Amerika Syarikat bersifat persekutuan, sementara semua negerinya bersifat kesatuan di bawah Peraturan Dillon - daerah dan perbandaran hanya mempunyai bidang kuasa yang diberikan oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut perlembagaan negeri atau undang-undang tempatan.

Kebanyakan negara yang mengamalkan sistem Westminster adalah negara kesatuan kecuali India, Australia, Kanada, dan Malaysia yang berbentuk persekutuan. Negara-negara ini boleh dilihat sebagai gabungan kedua-dua sistem, menggunakan ciri-ciri kesatuan pada peringkat persekutuan sementara berkongsi kuasa dengan negeri, wilayah atau provinsi seperti dalam sistem federal.